Pages

Monday, September 30, 2013

ULAMA MUDAH UMNO KELUAR FATWA CELARU LAGI....



Ketua Ulama Muda UmNo Fathul Bari telah keluarkan fatwa baru melalui tweeternyer… Allahu Akbar… hanyut semakin jauh la mereka mencari jalan menghalalkan tindakan penguasa menzalimi rakyat…

Beliau telah mengatakan “Tiada Subsidi Dalam Islam, hanya ada cukai”… Ini akan membuka pintu kerajaan untuk menzalimi rakyat dengan penindasan cukai yang tinggi…

Beliau tidak pula bercakap mengenai fungsi zakat dan baitulmal terhadap ummat Islam… membantu rakyat dengan wang kutipan zakat yang berjumlah billion ringgit setiap tahun…. Seperti membantu rumah pertama rakyat Islam, pendidikan yang ditindas oleh PTPTN dan lain2.

Beliau tidak bercakap mengenai harta2 penguasa yang berbilion ringgit untuk membantu ekonomi Negara hasil pemilikan mereka semasa Negara stabil ekonomi???

Beliau tidak bercakap mengenai anak menteri boleh membeli rumah bernilai RM7juta???

Beliau tidak pertikaikan dari mana seorang anak muda boleh membeli rumah sedemikian harga?

Beliau tidak bercakap pemberian kerajaan terhadap rakyat sebagai AMANAH menguruskan harta Negara????


Ulama hanyut mengelirukan.

HOSPITAL BERSALIN SERDANG PLAK YANG RUNTUH



Beberapa bahagian bumbung di Wad Bersalin Hospital Serdang dekat ibu negara runtuh dalam kejadian 2.55 pagi ini.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Jurucakap Unit Perhubungan Awam hospital itu ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Pihak media tidak dibenar masuk ke kawasan itu.


Menurut sumber Hospital berkenaan ... Tiada siapa yang telah dilaporkan cedera daripada kejadian jam 2:55 pagi itu.

Bagaimanapun, menurut sumber, terdapat “sekurang2nya 10 lagi insiden” yang tidak dilaporkan secara terbuka dan disimpan di bawah balutan.


Ketika dihubungi , pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang mengesahkan kejadian itu hari ini tetapi mengecilkan keseriusan.


“Ya, kejadian itu ada berlaku , tetapi ia adalah hanya sekeping siling jadi saya tidak fikir anda media perlu melaporkan tentang itu.” kata Ardi  kepada Astro Awani.


Beliau menambah bahawa tidak ada orang yang cedera.


Pada 13 Ogos 2013, tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita di Serdang Jabatan Kecemasan Hospital ‘cedera’ apabila 15 keping siling berukuran 2 kaki x 2 kaki sekeping runtuh pada jam 2:45 pagi.


Ardi kemudian berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila skru yang memegang kepingan siling tersebut telah terkeluar, membuatkan kepingannya runtuh.


Salah seorang daripada jururawat telah tercedera ditangannya dan menerima jahitan manakala selebihnya cedera di kepala dan belakang mereka.


Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada bulan Januari 2011 lalu melibatkan lobi utama tetapi tidak melibatkan kecederaan dalam runtuhan itu yang berlaku selepas tengah malam.


Hospital ini telah beroperasi sejak Disember 2005 yaang dibina dengan kos RM690 juta, dibina untuk memberi khidmat kepada kira2 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.




Sunday, September 29, 2013

ANAK MAHATHIR MENGGELABAH - SYARAT2 DIKATAKAN KETAT...


Malas nak tulis panjang2 mengenai puak2 ni yang sedang berebut nak menjadi orang2 kuat parti “perompak” Negara…

Najib pun ada strategi dia untuk menghalang kekuatan bertambah kepada timbalan dia… parti yang dilatih oleh Illuminati yang menggunakan dasar “devide & rules” telah di implimenkan oleh Tun Mahadey Kutti telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Najib untul survival politiknya…



Selamat Berlaga laaaa…

AHLI UMNO MINTA ROS MASUK SIASAT - AKU INGAT KOT DAP YANG MINTA...



SEBERANG JAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menyiasat pemilihan jawatan dalam Umno yang akan berlangsung bulan depan kerana ada prosesnya yang tidak telus.

Ahli Umno Tasek Gelugor yang dibatalkan pencalonan untuk jawatan ahli jawatankuasa bahagian, Asmidy Mohamad berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pemilihannya mengikut perlembagaan parti dan tiada ahli yang diketepikan hak.


Beliau berkata, tiada sebab ahli yang digantung hak keahlian tidak dibenarkan atau hilang kelayakan untuk bertanding kerana perlembagaan parti membenarkannya.   

“Lembaga disiplin Umno adalah pihak yang berkuasa menyiasat kes atau kesalahan dalam pemilihan parti. Tetapi kenapa surat penggantungan ditandatangani oleh setiausaha agung,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed yang dibatalkan pencalonan untuk ketua bahagian, Dr Md Rozi Yusof (timbalan ketua bahagian), Salmah Ahmad (naib ketua wanita Umno), Rahim Che Noor (ahli jawatankuasa bahagian) dan Mahamad Tahir Yusof(pengerusi tetap bahagian).


Dr Md Rozi berkata, ibu pejabat Umno perlu menjelaskan mengenai status mereka yang berjaya menjadi ketua cawangan dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini.

“Adakah penggantungan hak keahlian kami turut menyebabkan jawatan kami sebagai ketua cawangan terbatal.


“Saya menang ketua cawangan dalam pemilihan pada 8 September lalu. Adakah surat penggantungan kami pada 20 September turut menyebabkan jawatan di cawangan terjejas,” katanya.

Rahim pula meminta jawatankuasa disiplin menyiasat ketua bahagian Tasek Gelugor kerana didakwa terlibat dengan politik wang dengan memberi wang tunai kepada semua ketua cawangan pada bulan puasa lalu.


Beliau mendakwa pemberian wang itu dilakukan dalam satu majlis yang diadakan di Penang Golf Resort, Kepala Batas.



“Kami sudah membuat aduan kepada lembaga disiplin mengenai perkara itu dan  berharap ia disiasat segera. Jika terlibat, ketua bahagian juga tidak layak untuk bertanding dalam pemilihan kali ini,” katanya.

Mula2 aku baca … memang aku ingat kot DAP yang kacau pemilihan UMNO… rupa2nya UmNo sendiri pun kelam kabut…..

Selalunya UmNo lah yang dok tuduh orang “berak tengah jalan”.. rupanya sendiri penuh najis tak nak ngaku… ishhh

Saturday, September 28, 2013

MASJID PULAK YANG RUNTUH... DARUL RUNTUH BETUL LAAA




Kalau di Syiria, Masjid runtuk sebab perbalahan dan peperangan... kat Terengganu ni per hal la plak???
Hari ini sebuah lagi struktur bumbung anjung Masjid Kampong Tebauk, Bukit Tunggal runtuh pada jam 4 pagi tadi. 




Apalah malangnya Terengganu Darul Runtuh ni... Buat Masjid pun RUNTUH... Apakah ini yang dikatakan Ketua Ulama Muda Sheikh Fathul Bari "KETENTUAN ALLAH"???

Cuba bayangkan... berapa ramai ummat Islam akan cedera sekiranya mereka sedang beribadat didalamnya???

Kat Malaysia ni tak payah tunggu macam kat Syiria pun dah RUNTUH kerana "kontraktornya" dan mereka yang terlibat tidak AMANAH & IKHLAS..



Terengganu mempunyai sejarah keruntuhan yang hebat apabila Kerajaan UmNo Be End memulakan perobohan Masjid Bujal pada 26 Mei 2005 lalu semasa pemerintahan Dato Seri Idris Jusoh. Sekarang di beri kuasa sebagai Menteri Pelajaran pusat lak tu...


20 Mei 2013 lalu, Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang telah menerima nasib yang sama.


Wednesday, September 25, 2013

MUKHRIZ ANAK LELAKI KELING KUTTI PENIPU BESAR


Kenyataan Akhbar yang disiarkan oleh Akbar Kosmo pada 19 Mei, 2013 telah dirogol oleh nya sendiri dengan meluluskan kawasan balak seluas lebihkurang 90 hektar kepada Kedarak Sdn Bhd… kurang aku tak tau… lebih mesti ada punyer…

Peribahasa Melayu kata belit Keling lebih kemas dari ular….

Korang tengok la sendiri lakonan dia ni…

La ni dia tengah disusun atur oleh ayahnya untuk naik sebagai Naib Presiden Parti Melayu yang bapanya bertukar dari anak lelaki kepada ‘bin’…

Anak Bapak telah diceritakan oleh P.Ramli sejak 50 tahun lalu, amat berkesan… Kesian kat orang Melayu Kedah … kena tipu lagi… kononnya “SAVE PEDU” hahaha

Tuesday, September 24, 2013

RM20.56 BAYAR KAT McKANSEY BERPATUTAN



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bayaran berjumlah RM20 juta kepada perunding McKinsey and Co untuk menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berpatutan.

Bayaran itu mengambil kira kerja2 selama dua tahun untuk menyiapkan pelan itu, kata Muhyiddin yang menjelaskan ia turut mengambil kira pandangan pakar pendidikan luar negeri.


“Saya percaya itu satu kadar yang berpatutan sebenar pasal dalam mana2 usaha yang kita buat pun, kita memerlukan beberapa pihak yang agak lebih pakar membantu.



“Dan saya nak peringatkan usaha yang kita buat itu satu usaha yang besar.



“Ia bukan satu perkara yang kita buat secara persendirian kerana kita buat konsultasi, kita ambil ahli2 panel peringkat antarabangsa, kita turun ke setiap negeri kita buat hari terbuka,” jelasnya pada satu sidang media pagi tadi.

Sunday, September 22, 2013

MENTERI MALAYSIA RAMAI PELAWAK - NAK NAIKKAN HARGA GULA ELAK DIABETES



SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.
   

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: “Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

  

“Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.


Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

   

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.



Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman.


Aku malas nak ungkit balik… sepanjang berkempen di Segamat semasa PRU13 lalu, aku dah beritau… “Jangan pilih wakil rakyat yang tak cerdik, nanti dapat bala” …

Aku harap pengundi2 UmNo Be End di Kg Gelang Cincin, Brata, Bukit Siput, Jementah, Balai Badang, dan lainterutamanya Felda Palong Timor 1, 2, 3, 4 & 5… Jangan nyesal dengan pemilihan kamu semua….

Saturday, September 21, 2013

'LARANG ABU CHIN PENG, JADIKAN KITA BAHAN KETAWA' - RAHIM NOOR


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengingatkan bahawa Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tetap enggan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.

“Jika kerajaan - pihak berkuasa - tunduk kepada tekanan awam tidak membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang, saya fikir, kita menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia,” katanya dalam satu temubual yang disiarkan di BFM semalam.

Abdul Rahim, yang mengetuai rundingan damai antara pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM ) pada akhir tahun 1980-an , berkata keengganan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini, walaupun sewaktu beliau masih hidup, umpama memperolok2kan Perjanjian Damai Hatyai pada 1989.

Beliau yang ketika itu merupakan Ketua Cawangan Khas Malaysia , berkata beliau telah dapat menyakinkan kerajaan pada masa itu untuk mengadakan perbincangan dengan pihak komunis, lebih 30 tahun selepas kegagalan rundingan Baling pada 1955.

Abdul Rahim berkata walaupun tempoh darurat selama 12 tahun telah ditarik balik pada tahun 1960 , pasukan keselamatan masih berperang dengan saki baki komunis pada 1980-an, tetapi kejatuhan komunisme di rantau ini merupakan satu peluang untuk mengadakan rundingan damai yang baru.

Pada masa itu, katanya, masih terdapat kira2 2,000 komunis di sepanjang sempadan Malaysia - Thailand, dengan dua kumpulan terbesarnya ialah Biro Malayan Utara dan Rejimen ke-10, yang sebahagian besar anggotainya adalah Melayu.

Dengan sokongan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rahim berkata, Cawangan Khas, secara rahsia , dimulakan rundingan dengan komunis pada akhir tahun 1987 dan pada awal tahun 1988 di Pulau Phuket, yang berlangsung selama lima pusingan.

Ini, katanya, berakhir dengan perjanjian damai 1989 ditandatangani di Hatyai, dan terdiri daripada dua perjanjian, satu yang mengandungi syarat2 utama dan satu lagi mengenai butiran pentadbiran bagaimana syarat2 akan dilaksanakan.

“Saya terlibat dalam menderaf kedua2 perjanjian itu, jadi saya tahu sepenuhnya bahawa di bawah syarat2 perjanjian, pertama sekali, perjanjian itu mengikat semua anggota PKM, dari yang tertinggi, paling atas hingga ke bawah, yang paling rendah.

“Jika anda mengatakan bahawa Chin Peng sebagai setiausaha agung parti (PKM) adalah anggota yang paling tertinggi, maka dia layak untuk mendapatkan semua keistimewaan, kelebihan atau apa sahaja janji2 yang dibuat dalam perjanjian  itu yang termasuk untuk dia dibenarkan untuk datang (ke Malaysia),” kata Abdul Rahim.

Selain itu, katanya, mengikut perjanjian tersebut, sekiranya bekas anggota komunis tidak dibenarkan untuk pulang tinggal di Malaysia, mereka masih perlu dibenarkan masuk ke negara ini atas lawatan sosial.

“Tapi dalam kes Chin Peng, dia tidak dibenarkan kedua2nya. Bagi saya, ia adalah tidak masuk akal, sama sekali tidak masuk akal. Ia adalah tidak adil, tidak adil...

“Terdapat (bekas komunis) lain yang dibenarkan untuk pulang dan mereka kebanyakannya adalah Melayu. Abdullah CD dibenarkan untuk pulang ke Malaysia dan telah diperkenan menghadap Sultan Perak sekarang.

“Rashid Maidin, saya diberitahu, mengerjakan haji melalui KL dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia. Apa semua ini?” kata Abdul Rahim.

Abdullah CD adalah pengerusi PKM manakala Rashid Maidin adalah ahli jawatankuasa pusat PKM.

Ditanya sama ada ketegasan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang, walaupun dia telah meninggal, berasaskan garis kaum, Abdul Rahim yang teragak2 seketika, kemudian berkata: " Saya tidak bersedia untuk membuat andaian seperti itu”

“Setakat kes Chin Peng ini, kita telah mewujudkan keadaan di mana kita memperolok2kan perjanjian (damai) tersebut,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa pendirian kerajaan melarang abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak, telah menjadikan bekas pemimpin komunis sebagai satu ikon.

“Secara khusus, saya fikir ia tidak baik untuk parti pemerintah, terutamanya dalam usaha mereka dalam pasca pilihan raya umum ke-13, untuk memenangi kembali sokongan kaum Cina Malaysia," katanya.

Kerajaan telah menjustifikasikan keputusannya itu dengan mengatakan bahawa Chin Peng bertanggungjawab atas kematian ramai anggota pasukan keselamatan, yang kebanyakannya adalah orang Melayu.

Abdul Rahim mengeluh kerana orang seolah2 tidak memahami konteks perjuangan komunis antarabangsa dan sebaliknya melihat bahawa 40 tahun pemberontakan komunis di Malaya adalah "Chin Peng melawan seluruh jentera kerajaan”.

Beliau menegaskan bahawa kajian menunjukkan struktur komunis adalah secara kolektif dan ia bukan  "one-man-show" di Chin Peng yang membuat semua keputusannya.

“Saya tidak tahu mengapa ia perlu jadi begini (Chin Peng lawan kerajaan). Hakikatnya adalah bahawa baik atau buruknya - siapa pun Chin Peng, latar belakangnya ialah perjanjian damai telah ditandatangani. Kita mesti menghormati terma dan syarat2nya,” katanya.

Ditanya oleh stesen radio itu bagaimana  pada pandangannya sejarah akan mengenang Chin Peng, Abdul Rahim berkata: “Mereka (ahli sejarah) sepatutnya boleh menganalisis Chin Peng sebagai pemimpin komunis - peranannya dan peranan partinya - dalam menentang British, dalam menghalau British.

“Peranan beliau dalam proses damai - kegagalan rundingan Baling dan kejayaan rundingan damai Phuket yang membawa kepada Perjanjian Damai Hatyai.”

Abdul Rahim sentiasa konsisten mahukan kerajaan berpegang kepada syarat2  perjanjian damai itu dan telah membuat gesaan yang sama dalam satu temubual pada tahun 2009 dengan Malaysiakini supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.


Chin Peng meninggal dunia pada 16 September pada usia tua, yang kebetulan adalah tanggal Hari Malaysia.

Friday, September 20, 2013

MCA: SUSPEK PENGGANAS DIKEBUMI DI SINI, KENAPA CHIN PENG TAK BOLEH?


Menjelang upacara pembakaran mayat Chin Peng, MCA mempersoalkan sikap dwi-standard kerajaan berhubung dengan pengebumian dua pengganas Muslim di sini.

Ketua publisiti parti itu, Datuk Heng Sia Kee berkata kerajaan tidak sepatutnya dilihat bersifat perkauman dan hendaklah membenarkan abu bekas pemimpin Komunis itu dibawa pulang ke negara ini.

Beliau merujuk kepada Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua2nya dikehendaki kerajaan Indonesia berkaitan pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan di kedutaan Australia pada 2004.


Katanya, Kerajaan BN tidak perlukan lagi sebarang publisiti buruk dengan dilihat membuat keputusan berdasarkan perkauman.


Tambahan pula, kata Heng, Azahari dan Nordin boleh dianggap penjahat terburuk kerana kemusnahan yang mereka lakukan itu telah mengorban nyawa orang yang tidak berdosa.


Azahari dan Nordin – kedua2 rakan di  Universiti Teknologi Malaysia (UTM ) di Johor sebelum didakwa menyertai Jemaah Islamiah (JI ), sebuah rangkaian pengganas yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Azahari ditembak mati di Indonesia pada November 2005. Manakala Nordin pula pada satu ketika merupakan anggota militan Islam yang paling dikehendaki Indonesia dan dikatakan pembuat bom utama JI. Dia dibunuh pada tahun 2009.

“Jika mayat suspek pengganas seperti Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua2 dikehendaki kerajaan Indonesia kerana mereka dipercayai bertanggungjawab terhadap pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas Hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan kedutaan Australia pada 2004, masing2 dibenar dikebumikan di Jasin dan Pontian, maka abu Chin Peng juga sepatutnya dibenarkan dibawa pulang,” kata Heng, sambil menambah bahawa ini tiada bezanya dengan Indonesia yang melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajahan Belanda.


Sehubungan itu, katanya, MCA merayu supaya abu Chin Peng, anak kelahiran Setiawan itu, dibenarkan dibawa pulang.

“Atas peri kemanusiaan, kita perlu menghormati permintaan terakhirnya, lagipun, apa bahaya yang boleh disebabkan oleh abunya terhadap negara ini?” soalnya.

Heng juga menegaskan bahawa bekas pemimpin PKM seperti Syed Hamid Ali dan Shamsiah Fakeh juga telah dibenarkan pulang dan tinggal di Malaysia seperti yang dipersetujui dalam perjanjian damai Haadyai.

                                        
Dilahirkan sebagai Ong Boon Hua pada 1924, Chin Peng telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6.20 pagi Isnin lalu di Bangkok dan mayatnya dijadualkan dibakar hari ini di sebuah kuil di Bangkok.


Antara lain, pemimpin kerajaan berhujah bahawa Chin Peng tidak menerima tawaran mendapatkan kerakyatan Malaysia selepas perjanjian damai itu ditandatangani.

Wednesday, September 18, 2013

MENTERI MINDA YAHUDI - CHIN PENG SAMA NGAN OSAMA????



Mempertahankan langkah kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang, menteri kebudayaan dan pelancongan hari ini mengaitkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu dengan Osama bin Laden.

DatukSeri Nazri Aziz (kiriberkata, selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menembak mati pemimpin jaringan al-Qaeda itu, mayatnya kemudian dikebumikan di laut.

Sehubungan itu, katanya, langkah kerajaan Malaysia itu bukan sesuatu yang luar biasa.


“Saya tidak fikir kita patut minta maaf kepada sesiapa kerana kamu tahu, Osama juga dianggap pengganas, apa yang Presiden (Barack) Obama lakukan?


“Mayatnya hilang dan tidak dibawa balik ke Arab Saudi, AS atau ke mana2  ia dihumban ke laut.


“Apa yang kita lakukan bukan sesuatu yang luar biasa, ada alasan di sebaliknya. Dan rakyat Amerika serta orang yang menderita (akibat serangan 911) tidak membantah.



“Osama bin Laden... kamu beritahu saya, di mana mayatnya sekarang?” kata Nazri kepada pemberita ketika merasmikan sebuah pesta seni di Kuala Lumpur hari ini.


Bila di lihat kepada komen2 menteri2 Malaysia, Negara Islam contoh ni… tak ubah hanya suara2 Illuminati Freemason Yahudi yang penuh dengan dendam kesumat.

Yang paling “JAHAT” men‘sama’kan taraf seorang penentang penaklokan Negara2 umat Islam oleh Zionist Dunia yang dikepalai oleh Laknatullah Amerika…

Jangan berhujah dengan kepala lutut… Islam tidak menzalimi dan mendendami… peristiwa Nabi saw diserang dan dihalau dari bumi Taif sehingga mendapat cedera, Jibril ‘alaihissalam datang meminta kebenaran untuk musnahkan manusia Taif yang kejam itu, Nabi bersabda yang baginda mengharapkan generasi selepas mereka yang kejam menerima seruan baginda….

Allahu A’lam….

Monday, September 16, 2013

CHIN PENG VS HENRY GURNEY - ZAHID "MULIA"KAN PENEGAK NEGARA YAHUDI

 SHAH ALAM – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi menegaskan kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang hidup dalam buangan di Thailand tidak akan memadamkan rasa kebencian dalam kalangan balu polis dan tentera yang telah mengorbankan ramai pejuang negara.


Sehubungan itu, tegasnya adalah tidak wajar sekiranya mayat mendiang dibawa pulang ke Malaysia untuk disemadikan.



Menurut beliau, Chin Peng tidak layak menerima penghargaan dan penghormatan kerana mendiang bukanlah seorang pejuang kemerdekaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.




“Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia.



“Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan beberapa pihak termasuk parti politik, NGO atau individu tertentu, beliau tetap ketua pengganas komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini,” katanya yang dipetik daripada mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini. 


Menurut Laporan Bangkok Post awal pagi ini menyebut, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 6.20 pagi tadi di sebuah hospital di Bangkok.


Sejarah yang cuba dibelitkan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid semakin menampakkan dirinya bodoh dan bengap… Beliau munkin terlupa apakah perbezaan Chin Peng dengan Musa Ahmad, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh??? Musa Ahmad adalah Pengerusi PKM yang diseludupkan kembali ke Malaysia oleh Kera jaan Malaysia.

Rashid Maidin… mewakili PKM ke Rundingan Baling 1955, di hantar ke Mekah menunaikan Fardhu Haji dibawah tanggungan sepenuhnya Kera jaan Malaysia.

Apakah Tok Janggut yang menentang British dianggap penderhaka raja???

Apakah sebenarnya niat Zahid??? Anti Cina kah??? Nak tarik Melayu atas sifat Rasis Bodohnya kah???? Apakah maC41 yang menjadi polis & tentera British dianggap HERO???? Bengong ke per ni????


Umno dengan Comunist Party of China adalah sefahaman....