Pages

Thursday, December 15, 2011

APAKAH ALLAH MEMERLUKAN UMNO MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM??????


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ





APAKAH ALLAH MEMERLUKAN UMNO MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA???

1. Adakah Tuhan memerlukan manusia untuk menjaga agamanya? Bukankah Tuhan itu maha mengetahui? Masaalahnya ramai dikalangan kita sekarang berlagak lebih tahu dari Tuhan.

2. Rasuah adalah jenayah yang sudah tentunya memporak-perandakan masyarakat. Ianya bukan dosa peribadi seperti tak sembahyang, main perempuan, tak puasa dan lain2. Mereka akan berdosa pada Tuhan. 

Tapi rasuah lain. Ia melibatkan masyarakat. Mereka yang mengamalnya akan berdosa kepada Tuhan dan juga rakyat. Segala kos kehidupan dalam negara akan naik akibat rasuah. Jurang pendapatan akan melebar dikalangan rakyat. Yang miskin akan bertambah susah.

Institusi-instutusi penting negara seperti polis, badan kehakiman, tentera, MACC, imigresen, kastam, SPR akan roboh. Rakyat tidak boleh bergantung kepada institusi2 ini lagi untuk mendapat keadilan. 

Yang berkuasa akan bertambah kaya dan senang. Rakyat kebanyakan yang majoritinya Melayu, akan rasa terhimpit. Rasa tidak puas hati akan membuak2. Ini adalah resepi mujarab untuk mereka bangun dan menentang. 

Oleh itu jenayah rasuah mestilah dihentikan supaya negara akan maju. Hukuman berat mesti di kenakan. Orang Cina pun tak dengan mudah dapat membuat wang kalau yang berkuasa, yang rata2 nya Melayu, tidak ambil rasuah.

Aktiviti underworld seperti illegal gambling, VCD cetak rompak, pelacuran, pendatang tanpa izin, pengelakkan/penipuan cukai import/eksport dan segala kegiatan haram/jenayah lain dapat dibenteras jika polis, imigresen, kastam, majlis daerah, jpj dan pemimpin UMNO/BN tidak rasuah dan betul2 mengamalkan "Saya Anti Rasuah". 

Melayu ni pula bak makan babi dia begitu pantang. Nampak babi pun tak boleh. Masuk restoran, cakap 'no pork, please' tapi bak makan rasuah, perkara biasa bagi mereka. Ini kenyataan.

Negara kita tak akan maju kalau rasuah tidak dibendung dengan efektif. Dari segi pendapatan per capita, kita mungkin mencapai sasaran purata USd15,000 (dari USD7,000 sekarang) pada tahun 2020. Tapi apa gunanya bila mana 90 peratus penduduk berada di jauh dibawah USD15,000 dan 10% berada terlau jauh diatas USD15,000 ini?

Pendapatan per capita Singapura sekarang ialah USD35,000. Ini adalah lima kali ganda diatas Malaysia. Adakah Singapura ini negara yang kaya dengan hasil bumi seperti setengah2 negara Arab dan negara kita sendiri? Mereka mencapainya dengan "good governance, honesty, hard work and zero tolerance on corruption". Mengapa kita tak boleh jadi kaya macam mereka, macam Korea? macam Taiwan? sedangkan pada tahun 60an kita lebih kaya dari mereka dan sama dengan Singapura. Jawapannya mudah bukan? Oh lupa, pemimpin2 UMNO/BN kita dan anak-anak mereka semua kaya2. Agaknya mereka ni semua pandai2 dan kerja kuat kot. Rakyat Malaysia yang lain semua tak sekolah dan malas kot. 

Bolehkah kita harap perasuah (UMNO/BN) menghentikan rasuah? Tidak, bukan? Jadi kita perlu tahu apa yang kita perlu buat untuk masa depan Melayu dan rakyat Malaysia yang lain dalam PRU13 nanti. Fikir2 dan renung2 lah.


No comments:

Post a Comment